Monday 23 April 2012

Tanda-Tanda Diri Masih Disayangi Allah S.W.T

Assalamualaikum sahabat-sahabat :)
Alhamdulillah hari ni 23APRIL2012 , kita sebagai manusia di Bumi Allah ni masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar malah masih lagi dapat bergurau senda bersama keluarga dan rakan-rakan yang tersayang . Terasa rindu pula saya udara tarbiah di Bumi Waqafan ye . Sedar tak sedar cuti sekolah akan menutup tirainya tak lama lagi .
Bersedia ke anda semua untuk mengahadapi tahun 2012 ? bersedia atau tidak ia nya akan datang jugak >.< Sudah pasti akan banyak rintangan dan dugaan yang akan kita tempuh sepanjang tahun 2012 akan datang . Jadi , kita kena lah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental . 

eh , Tajuk saya hari ni sebenarnya ialah tanda-tanda diri kita ni masih disayangi Allah SWT . Tiba-tiba hari ni rasa nak berceloteh pula di ruang ni.
Antara tanda-tanda yang saya rasa sahih setelah dikaji selidik ialah :

Pertama : Jika Allah SWT sayangkan kita , Allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan agar kita tidak terlupa dengannya . Sebab apa ya ? sebab orang yang dilanda masalah seperti sakit demam atau apa sahajalah pasti akan berbalik kepada Allah . Mereka akan merintih untuk mencari penyelesaian bagi masalah mereka . Sebagai contoh , diri saya sendiri semasa saya dan rakan seperjuangan sedang sibuk mengahadapi peperiksaan . Masa itu lah saya di duga dengan demam yang sangat panas . Tapi alhamdulillah dengan adanya sahabat-sahabat sebilik yang sangat prihatin menjaga saya . Walaupun dalam musim peperiksaan mereka tetap menjaga saya :) Alhamdulillah terima kasih kalian semua . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas nya . Berkat kesabaran dan yakin dalam hati bahawa sakit ini adalah anugerah Allah kepada aku , supaya dosa-dosa kecil yang menumpang dalam diri ini terhapus . Ingat ! sakit apa sekalipun kita itu adalah anugerah dari Allah . Allah sangat sayangkan hamba-hambanya yang sentiasa ingat padanya , sentiasa merintih padanya . 

Kedua : Allah SWT sangat sayang pada kita apabila kita hendak melakukan maksiat seperti pergi ke club malam , disko atau apa sekalipun yang berunsur negatif akan ada sahaja yang menghalang kita dari melakukannya .Contohnya , ketika ada manusia yang ingin pergi ke club malam . Tiba-tiba semasa dalam perjalanannya kereta yang dinaiki rosak . Ha itu tandanya Allah sayang kita . Allah tidak mahu kita terjebak dengan perkara tersebut .

Ketiga : Apabila kita pernah melakukan dosa seperti berzina , mencuri atau apa sahaja yang negatif . Tiba-tiba , terdetik dalam hati kita untuk bertaubat , untuk pulang ke pangkal jalan . Ha . itu maknanya Allah masih sayangkan kita . Allah rindukan kita untuk berdoa padanya . untuk bertaubat padanya dengan taubat yang sebenar-banarnya . Jadi kita amat beruntung dan harus mengambil peluang yang ada untuk berubah menjadi yang lebih baik . Sesunnguhnya Orang-orang yang bertaubat kepada Allah seperti bayi yang baru dilahirkan yang masih suci seperti kain yang bewarna putih . Jadi , apa tunggu lagi ? JOMLAH :)

Rasanya itu je perkongsian hari ni . Saya harap walaupun ada tiga je tanda nya sahabat-sahabat dapat mengambil pengajaran ya dari apa yang dicoret di atas . Tapi percayalah sahabat-sahabat, Allah SWT sang pencipta sekalian alam amat menyayangi dirimu kerana dirimu begitu berharga :) 


p/s : adakah manusia boleh berkata aq telah beriman, sedangkan dirinya tidak diuji.
Ujian adalah anugerah dari Allah supaya kita dapat bermuhasabah diri semula :)


Sekian dari saya PENDENGARKATAHATI .
Majulah diri untuk Islam .

Terima kasih daun keladi kerana sudi membaca entry saya ini, esok lusa kunjungi lagi.Like kalau suka:)

No comments:

Post a Comment