Friday 20 April 2012

Macam Mana Nak Download Movie Atau Filem Untuk Beginner.

Sekarang kurang dah nak beli dvd atau cd kat kedai, nak tengok filem drama senang je download dari internet. Saya dulu banyak jugak koleksi dvd macam macam cerita, bila keluar je filem baru duk tunggu la bila cd atau dvd nak keluar, sekarang kedai dvd pun dah tak masuk dah hehe..
Bagi beginner yang baru nak belajar download movie atau filem dari internet bukan dari torrent, ini ada beberapa  tip Nuriz nak kongsi, cara cara nak download movie secara percuma dan mudah.
Sebelum kita mendownload movie secara percuma dan mudah, kita perlu:
1.Kena ada internet. Internet tu tak la slow sangat, boleh la kalau pakai internet Streamyx 60 ringgit sebulan paling murah tu..kalau lagi pantas lagi bagus la. Kalau tengah tengah duk download terputus memang sakit hati tak boleh nak resume dah.


2. Ada IDM atau internet download manager. Kalau takda pun tak pa, tapi saya cadangkan ada lagi la bagus. Saya suka guna IDM untuk download apa2 filem atau video. Cepat dan mudah. Kadang kadang boleh resume, boleh pause dan sambung balik. IDM ni kena ada yang full  version punya la jugak kalau free trial sekejap sangat. Nak pakai Orbit Downloader pun buleh la jugak.

3. Kena ada hj Splitcara cara nak guna ada saya terangkan dalam artikel terdahulu. Kalau download dari website website yang direct download,  untuk dapatkan satu filem ada part 1, part 2, part 3 dll.  Selalunya mediafire la. Saya suka yang dari mediafire ni sebab sizenye kecik kalau size file besar sangat, lambat nak tunggu.
Kalau file tu dalam bentuk .rar kena ada jugak Winrar.  Nak extract kan file tu kemudian baru la dapat satu filem.
Ini software yang perlu ada:



4. Nak play filem atay movie pulak kena le ada Media player yang mainkan filem tu. Filem filem ini ada dalam pelbagai format contoh : mkv, avi, flv atau rmvb.
Media player yang saya nak cadangkan dan agak terbaik jugak ialah GOMplayer, Media player classic dan VLC.

5.Ada tambahan sikit:
Kalau filem yang tak ada subtitle korang boleh cari kat beberapa laman web yang sediakan subtitle.
Kalau tak ada sangat la subtitle yang dalam bahasa inggeris cuma ada dalam bahasa lain, boleh guna translator subtitle. Baca artikel ini  http://nurizspace.com/2011/11/guna-open-subtitle-translator-untuk-terjemah-subtitle-movie.html

6.Cara nak bagi  Window Media Player dan Real Player dapat detect subtitle guna http://www.free-codecs.com/download/directvobsub.htm


Cara nak search movie, contoh taip la kat browser internet tu :  filem xyz mediafire links
Kalau tak nak search cam tu lihat senarai web yang saya bagi tu :)
Senarai web subtitle
opensubtitles.org
subscene
allsubs.org
podnapisi.net
free-subtitles.org
anysubs.com
subtitlesource.org
moviesubtitles.org
subs4free.com
sub-titles.net

Asteroid Paling Hampir Dengan Bumi Sejak 37 Tahun


Ada dengar kat berita tadi pasal asteroid akan yang berada hampir dengan bumi dan akan bergerak melintas langit malam dalam buruj Leo, Sextans dan Hydra. Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), asteroid itu bersaiz 34 km dan berada pada jarak 26.7 juta kilometer dari bumi, itu adalah jarak hampir dengan bumi sejak 37 tahun.
Asteroid itu diberi nama 433 Eros dan ianya tidak pernah hampir dengan bumi sejak tahun 1975, asteroid itu juga dijangka tidak akan berada sehampir itu hinggalah tahun 2056.
sumber dari ANGKASA:
Asteroid Eros dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.  Pengiraan terhadap orbit Eros menunjukkan ianya  berbentuk  bujur memanjang yang merentasi orbit Marikh.  Ini memberikan kita peluang yang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat.
Mengkaji objek angkasa seperti asteroid Eros ini boleh memberikan kefahaman kepada kita tentang pembentukan sistem suria.  Ia juga membolehkan ahli astronomi lebih memahami komposisi asteroid  yang mana maklumat ini boleh digunakan untuk mengelak apa-apa kesan hentaman yang berpotensi berlaku terhadap Bumi di masa-masa akan datang.
 Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012 menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi.
Walaupun Eros akan berada kepada kedudukan menghampiri Bumi pada 31 Januari2012, tetapi tidak akan ada bahaya perlanggaran. Ia masih kekal pada jarak kira-kira 26.7 juta kilometer atau 0.178 AU.  Jarak ini adalah lebih 80 kali lebih jauh berbanding jarak asteroid 2005 YU55, yang berada dalam lingkungan orbit bulan pada 8 November 2011 yang lalu.
dipetik dari wikipedia
Pada 31 January  2012, Eros melintasi Bumi di 0,17867 AU (26729000 km; 16608000 km), [11] [12] kira-kira 70 kali ganda jarak ke Bulan, dengan magnitud visual 8,1 [13]
dengan jarak masa  81 tahun,  iaitu pada tahun 1975 dan 2056, kedudukan Eros boleh mencapai magnitud 7,0, [3] yang lebih terang daripada Neptune..


10 PERKARA PELIK MENGENAI FACEBOOK YANG ANDA TIDAK TAHU


Facebook, facebook, anda tahu apa itu? Anda guna facebook atau FB? Jumlah pengguna facebook di Malaysia kini hampir kepada 12 juta. Wow! banyak tu. Ada yang berjumpa jodoh di FB, ada jugak yang bercerai kerana FB dan tak kurang jugak yang ditipu di FB.. :)
Ini ada beberapa benda atau perkara yang agak pelik  mengenai facebook..yang ni berlaku di luar negara. Mungkin boleh dijadikan pengajaran...


Perkara 1.
25% pengguna FB ditinggalkan kekasih melalui FB.
Kajian kaji selidik pada tahun 2010 ke atas 1000 pengguna Facebook, mendapatii 70 %  ialah lelaki, dan dari jumlah itu 25 % telah ditinggalkan oleh kekasih mereka.
21% pengguna akan mengemaskini status mereka kepada "single" jika ingin memutuskan perhubungan.


Perkara 2
Facebook tidak membenarkan gambar ibu sedang menyusu badan dimuatnaik.
"MAAF YE X DPT MASUKKAN GAMBAR DISINI..."

Facebook tidak ada masalah dengan gambar penyusuan badan yang dimuatnaik oleh pengguna FB tetapi gambar yang menampakkan p****g dianggap telah melanggar polisi dan gambar tu boleh dibuang oleh pihak FB. Isu ini telah menimbulkan kemarahan kepada golongan wanita yang prihatin dengan hak hak wanita.
Salah seorang pengguna FB menganggap perkara ini tidak adil dan mendiskriminasi wanita kerana gambar gambar yang lebih melampau dan mendedahkan tubuh badan wanita seperti memakai bikini boleh dibenarkan oleh Facebook untuk dipaparkan tanpa halangan. Bagi mereka gambar penyusuan badan bukan perkara lucah dan membahayakan kanak-kanak.
Walaupun seramai 250,000 ahli FB menyokong gambar penyusuan badan dibenarkan tetapi pihak FB tetap tidak membenarkan gambar demikian dimuatnaik.


Perkara 3
Secara purata pengguna FB ada 130 orang rakan
Korang popular macam artis atau selebriti  ke? hehe..ini kajian di luar negara, secara purata pengguna FB ada kawan seramai 130 orang, dan mereka kerap berinteraksi 4 hingga 7 orang sahaja di FB. Kalau korang rasa lebih lagi dari ini, memang glemer la korang hehe..


Perkara 4
Dari 5 punca perceraian di US, salah satunya ialah disebabkan oleh Facebook.
Kajian dibuat di US mendapati 80 % bukti kecurangan pasangan yang bercerai diambil dari laman sosial seperti FB. Pasangan menemui gambar gambar bukti kecurangan dan jugak mesej mesej yang ditulis kepada orang ketiga atau “kekasih baru”.
Ada juga disebabkan mereka bertemu kembali dengan kekasih lama dan cinta lama berputik kembali di laman FB.
Facebook menjadi punca utama dari punca perceraian itu, iaitu sebanyak 66%, diikuti dengan Myspace sebanyak 15 %, Twitter 5% dan lain-lain 14%.
Kajian selidik di UK pula mendapati Facebook ialah punca perceraian dari 20 % petisyen perceraian di UK. FB membolehkan pengguna bertemu semula dengan rakan rakan sekolah lama, atau kekasih lama jadi memang mudah untuk menjalinkan semula hubungan cinta yang lama terputus, ditambah pula pengguna FB di UK sudah menjangkau 23 juta orang.
Bukti lain, artis Eva Longoria pelakon dari siri Desperate Housewives  berpisah dengan bekas suaminya Tony Parker selepas dia mendapati suaminya berhubung dengan wanita di laman FB.


Perkara 5.
Gambar pelakon Al Pacino ialah gambar pertama muncul di FB.
Gambar pertama yang muncul setiap kali pengguna nak log in di facebook (pada awal-awal Facebook muncul dulu iaitu tahun 2007..sekarang dah lain wajah FB) ialah gambar pelakon Al Pacino, gambar lelaki berwajah biru yang merenung anda.
Gambar Al Pacino dalam logo itu,  dicipta oleh rakan kepada Zuckerberg, dan seorang lagi rakan sekelas Andrew McCollum.


Perkara 6
Seorang lelaki ditangkap kerana mengajak anak perempuannya melakukan s***s melalui Facebook.
Ini merupakan jenayah paling teruk, apabila seorang bapa John Forehand berusia 39 tahun ditangkap kerana mengajak anak perempunannya yang berusia 13 tahun melakukan s**s di laman FB. Dia meletakkan namanya sebagai “Bad Daddy”, kejadian ni berlaku di Pennsylvania.
John memberitahu di laman FB dia telah bermimpi sesuatu tentang anaknya dan menulis mesej yang tidak sesuai kepada anaknya di laman FB. Anaknya kemudian memberitahu ibunya dan kemudian mereka membuat laporan polis. John ditangkap kerana membuat kesalahan mengajak remaja perempuan membuat s**s secara online.


Perkara  7
Burger King membuat promosi kepada pengguna FB yang sanggup membuang 10 rakan mereka rasa  tidak penting jika kehilangan profil dari laman FB. Pihak Burger King akan menghantar kupon kepada pengguna FB yang berjaya membuang 10 rakan yang tak penting atau yang tak disukai.Pihak Burger King ingin berkongsi kemarahan atau rasa tidak puas hati dengan memberi kupon istimewa.
Seronok jugak ye dapat makan burger free :)
Tetapi boleh je buang rakan dari status “kawan” kemudian letak le balik status kawan..sebab nak makan free tipu pi la :)


Perkara 8
350 juta pengguna FB menderita Ketagihan Facebook atau FAD
FAD ialah singkatan dari Facebook Addiction Dissoder yang diberikan oleh pakar psikologi Amerika kepada golongan yang tidak dapat mengawal keinginan “berfacebook” dalam kehidupan mereka.
Kesan yang paling jelas dilihat ialah kehilangan produktiviti, tidak dapat menumpukan perhatian, pengasingan dan kemurungan. Pengguna FB tidak sabar sabar untuk melihat atau menulis dan bertindak balas di lama sosial itu, menggunakan FB untuk berinteraksi dengan selebriti pujaan, dengan rakan -rakan tanpa mengira waktu dan masa. Golongan remaja selalunya lebih teruja dan keterlaluan dalam penggunaan FB.
Simptom ketagihan FB
Mereka mulai resah apabila disekat atau dihalang dari menggunakan FB, antara simptom jelas ketagihan facebook.
Remaja mulai kurang beriadah, membuat aktiviti sukan dan keluar bersama rakan-rakan tetapi menghabiskan masa di laman FB.
Pelajar kolej kurang menelefon ibu-bapa tetapi menjadikan laman FB sebagai tempat berhubung dan bertanya kabar.
Jika berjumpa rakan-rakan baru/kenalan baru, mereka akan sebut “ada facebook tak”? nanti jumpa kat Facebook dan lain lain yang berkaitan dengan Facebook.
Mempunyai rakan-rakan palsu di fecebook, mungkin mereka ni golongan yang ketagih FB atau telah tertipu atau sengaja mempunyai rakan-rakan palsu.
Adakah anda sudah terkena FAD? :)


Perkara 9
Pelajar siswazah dan pra siswazah yang menggunakan Facebook rendah CGPAnya.
Kajian ni dibuat di Universiti Ohio pada tahun 2009, dari 219 pelajar siswazah dan pra siswazah, didapati pelajar yang  aktif dengan facebook mempunyai gred GPA yang rendah berbanding bukan pengguna facebook. Pelajar yang aktif dengan facebook mempunyai gred antara 3.0 – 3.5 berbanding pelajar bukan pengguna facebook iaitu 3.5 – 4.0.
Sebanyak 79% dari pelajar tidak percaya yang gred GPA mempunyai kaitan atau kesan dari penggunaan Facebook.


Perkara 10
Sebanyak 36 % pengguna laman sosial akan mengemaskini status di Facebook dan Twitter mereka selepas hubungan s**s.

Kajian ini dibuat pada Oktober 2009 mendapati laman sosial sangat penting dalam kehidupan masa kini, hingga menyebabkan pengguna akan selalu mengemaskini status mereka walau di mana dan di dalam apa keadaan sekalipun.
36 % mengakui mereka akan mengemaskini laman facebook atau bertwitter selepas hubungan seks. 40% dari responden memeriksa laman FB mereka semasa memnadu. Lain-lain responden melakukannya di pejabat/atau tempat kerja. Selebihnya akan memeriksa FB mereka di lokasi percutian atau tempat bersantai yang mempunyai kemudahan internet.
Dari kajian kajian mengenai kepelikan FB di luar negara ni, ada jugak yang pelik2 berlaku di Malaysia ni, antara yang pelik dulu ada keluar dalam berita, gadis disantau melalui facebook dengan hanya menggunakan gambar yang dimuatnaik. Kes perceraian dan kecurangan pasangan jugak berlaku di Malaysia, tetapi tak pasti berapa peratus kes seperti itu berlaku.





Pengalaman Semasa Hack Fb Sowg Minah Korea


As salam...hmm...ari nie aq nk citer skt kt kowg mengenai pengalaman aq semasa hack fb sowg minah korea nie....hehe..
  Oke...mcm nie...falsafah aq...aq x kn hack sesowg 2...klaw dye x bwt hal dgn aq...or,x melibatkan maruah n x mengaibkan agama nya sendiri...Tp yg minah nie sebalek nye la...hehe..ade ke dye nk wt hal ngan aq...huhu,,silap la kn,,,dgn berbekal kn ilmu pengetahuan ditmbh lagi dgn hasutan member...aq hack la dye...hihii..
  Mule2 2...hebat jugak la dye nie..dye bnyk tukar pass...runsing aq...aq mlz nk gune tools...sbb bnyak yg menipu...so aq bwt la manual...hehe,bkn nk bangge ye...=.=' oke..lepas 2..dlm beberapa minit je aq dh dh dpt crack pass dye...fuhh~klaw nk tnye perasaan 2...hehe paham2 jela...:p ape yg mule2 aq bwt bile dh msok 2...ialah tukar pass....pas2 bwu lah tukar dye pnye pic...n creadit msti ade...hehe..
  Hmm...ase nye,,2 je kowt nak habak kt kowg..x boleh bnyak sgt..nnty jadi najis...bak kata "ustaz Azhar Idrus"...insyaAllah...lepas nie...aq post kt kowg ilmu2 hacking aq...hehe,so...ikuti jela blog aq nie ye... :) as salam...

creadit:notneedtoknow