Friday 27 April 2012

10 KOTA YANG HILANG DI DUNIA

Ternyata di dunia ini terdapat banyak sekali kota yang hilang.Kota hilang adalah sesebuah kota yg sudah lama tidak disentuh oleh penduduknya dan ditinggalkan begitu sahaja kerana terjadi banyak sekali bencana ygterjadi.

1.Atlantis




















Atlantis digambarkan oleh plato sebagai peradaban maju dan memiliki kekuatan armada laut yg teguh.Atlantis dikatakan telah menakluki sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke dalam lautan.Menurut mitos tradisional ,kota ini tenggelam kerana murkanya para dewa ke atas kelakuan para penghuni kota ini,tapi penelitian ilmiah,kota ini mungkin tenggelam kerana gejala geologis.

2.The City of Caesar

3.Troy

Troy adalah kota lagenda yg terletak di Turki modern.Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa,sampai akhirnya digali pada 1870-an.Kemudian ditemukan banyak runtuhan-runtuhan bangunan yg dianggap sebagai arsitektur moden di zamannya.

4.The Lost City of Z

The Lost City of Z adalah peradapan hilang yg terletak jauh di pedalaman hutan Brazil(hutan Amazon).Kota hilang ini dikatakan sebagai peradaban maju dgn jaringan canggis dari jambatan,jalan dan kuil-kuil.hal ini dibuktikan dgn banyak ditemui peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan Amazon.

5.Petra

Petra dianggap sebagai kota paling indah dari semua kota pada daftar ini.Petra terletak di Jordan.Ciri yg paling menonjol adalah arsitektur indah batu-batuannya,yg diukir dari batuan pergunungan di sekitarnya yg mulai dieksploitasi sejak abad ke-18.Hingga kini,keindahan arsitektur bangunan batu Petra masih tetap boleh dinikmati jika berlibur di Yordania.

6.El Dorado

Inilah kota hilang yg paling dicari,kerana kota ini dikenali sebagai kota emas.Konon.katanya banyak sekali emas yg ada di kota ini.El Dorado adalah sebuah kerajaan mistik yg ditemui di hutan Amerika Selatan.Kota ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yg kuat dan dgn kekayaan emas yg tidak terhingga.

7.Memphis

Didirikan pada tahun 3.100SM,Memphis adalah ibu kota Mesir kuno,dan menjadi pusat administrasi yg selama ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan penduduknya seiring dgn kemunculan Thebes dan Alexandra.Di bekas wilayah kota ini,banyak ditemui runtuhan bangunan2 Mesir kuno.

8.Angkor

Daerah Angkor berada di Kemboja dan sekitarnya dikenali sebagai salah satu pusat industri di Asia,bahkan dunia.Salah satu peninggalan paling terkenal adalah Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.

9.Pompeii

Kota Rom Pompei hancur dalam AD 79 setelah Gunung Vesuvius meletus dberdekatannya,dan melebur seluruh komunitinya di bawah 60 kaki dgn abu dan batu.Peninggalan-peninggalan sejarah berupa mayat-mayat yg menjadi batu,banyak ditemui di kota ini.Diperkirakan memiliki sekitar 200000 penduduk pada saat itu,dan dianggap sebagai salah satu tempat hiburan utama untuk kelas atas masyarakat Roma.

10.Machu Pichhu

Kota ini terletak dekat Lembah Urubamba,Peru.Kota ini pernah ditemui dan dijarah oleh Conquitador.Machu Pichhu menyimpan banyak peninggalan runtuhan yg sering disebut sebagai kuil Machu Pichhu.Arsitektur bangunan yg sangat indah pada kuil Machu Pichhu membuktikan,betapa tingginya peradaban pada zaman kegemilangannya. . .

Moga ilmu ini berguna untuk anda semua... :)




Wednesday 25 April 2012

Jodohmu Ada Di Tahajjudmu



Saya baca di facebook rata-rata duk bincang pasal jodoh. Kadang-kadang saya muak. Tapi biasanya mmg saya muak. Tapi takpe, saya tak meluat. Jodoh adalah antara rahsia Allah. Begitu juga dengan tarikh mati. Kita tak tahu. Tapi Allah Maha Mengetahui.

Saya berani katakan, jodoh kamu semua adalah bergantung pada tahajjud kamu. Mengapa pula begitu? 

Jodoh yang biasa-biasa adalah dari kalangan orang yang biasa-biasa dengan pertemuan yang biasa-biasa dengan cara berpacaran yang biasa-biasa muda-mudi lakukan.

Manakala,

Jodoh yang luar biasa dari golongan orang yang soleh, solehah yang luar biasa amalan mereka di sisi Allah. Bertemu dalam redha, berpisah jua redha. Luar biasa.

Jom pergi kepada dalil:

1.  Nikmat dan rahmat tersembunyi TERAHSIA di sebalik tahajjud. 

Firman Allah dalam Surah al-Sajdah (32):16-17:

klik tuk besarkan ye 

2. Tahajjud bukan sahaja untuk minta jodoh yang baik, malah menjadi pembeza antara kamu dan manusia lain di akhirat:

Imam al-Mubarakfuri berkata: 
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
3. Doa terkabul di sepertiga malam, insyaAllah! Doalah minta jodoh yang baik.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'." 
(HR Bukhari)
****

Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. 

Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.

Cinta Bukan Milik Kita



Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi). 

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa. 

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma. 

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.

Antara Ingat dan Tak Ingat


Ada seorang ulama bernama Syeikh Hamid al-Hallaf telah berkata:

"Orang yang sering mengingati akan mati, orang itu akan dimuliakan dengan tiga hal; iaitu orang itu akan segera untuk bertaubat atas segala dosa-dosanya. Orang itu akan menerima rezeki pemberian Allah SWT kepadanya seadanya serta bersyukur dengan apa yang dia ada. Orang itu juga insyaAllah akan diberi kekuatan dan kerajinan dalam beribadah."

"Orang yang lalai dalam mengingati akan kematian pula akan diseksa dengan tiga perkara; orang itu akan sering terlupa untuk bertaubat yakni tidak bersedia untuk bertaubat dan bertangguh-tangguh. Orang itu akan rasa tidak puas dengan apa yang dia ada dan tidak menerima rezeki pemberian Allah seadanya. Orang itu juga akan ditimpa penyakit malas untuk beribadah." 
[Ini bukan hadis, hanya kata-kata penuh hikmah seorang yang alim. saya dah cuba selidiki tentang ulama ni tapi tak berjumpa infonya. saya berminat nak tahu siapa ulama ini. sila tolong saya cari info tentang beliau ya. syukran]

Jadi kita tahu sekarang kenapa kita susah nak bertaubat, jenis tak bersyukur dan tak puas dengan apa yang kita dapat dan malas beribadah. Ya, inilah sebabnya. Kita ni jenis tak ingat kita akan mati bila-bila masa. Orang yang paling bijak adalah orang yang bersedia menghadapi mati dengan persediaan amalan dan ibadah yang baik. Orang yang menggapai satu tingkatan paling tinggi dalam masyarakatnya atau mempunyai IQ yang genius sekalipun tidak mampu menandingi orang yang ingat mati dan bersedia ke arah itu.





"...mungkin hari ini atau esok aku akan meninggal..Allah..persediaan tak cukup lagi.."

Putera Agama



"Allah..jangan sedih-sedih ye..la tahzan.."
"Dalam satu riwayat Ahmad, ada satu doa yang berbunyi: "Ya Allah..Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki dan Engkau namakan diriMu dengannya..jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku serta penghilang kesedihan dan kegelisahanku..""
"..Jadi, bila dirimu sedih, bacalah al-Quran..insyaAllah..kan tenang hatimu..dah-dah, senyum sikit ya :)"

Saya pasti kata-kata ini tidak akan terungkap dari mulut lelaki biasa. Kecuali dia adalah Rijal al-Din, yakni Putera Agama. Kata-katanya persis kata-kata al-Quran dan hadis. Bicaranya lembut, bermuka manis, sabar dan hati-hati dalam penuturan kata-kata. Kata-katanya bukan saja mampu buat hati sejuk mendengarnya, tapi tertawan dengan luhur budinya kesantunan akhlaknya.

Putera agama itu...

.. tatkala manusia membelakangkan agama, dia ke depan memperjuangkan bendera agama. Ketika lelaki-lelaki lain sibuk mengayat awek-awek cun, dia sibuk mengayat Allah dengan zikrullah dan solat malamnya. Sedang lelaki lain berusaha memanah hati-hati wanita lemah, dia lagi hebat berusaha dengan "panahan malam" yakni doa yang tidak tertolak di tahajjud sepertiga malam. Sedang lelaki-lelaki lain sibuk memikirkan masa depan dan kerjaya, dia tidak pula mengenepikan masa depannya tetapi memikirkan sekali masa depan umat Islam dan memberikan idea serta alternatif dalam membangunkannya.

..tatkala lelaki lain mencuci mata melihat aurat wanita yang terdedah, putera agama itu berusaha menutup dan menjaga maruah para muslimah. Sementelah ketika lelaki lain sibuk merosakkan masa depan wanita, dia tampil melindungi dan membela. Di saat lelaki lain berusaha untuk terus hidup di atas dunia, putera agama sibuk dengan persiapan menghadapi mati. Ketika lelaki lain kurang menyenangi dakwah, dia giat membangkit usrah, menyampai tarbiyyah. Katanya "daulah" semuanya bermula dari bawah. Di waktu lelaki lain hanya melihat kezaliman demi kezaliman pada orang Islam, putera agama makin kuat semangat ingin berjihadnya.

..tatkala lelaki lain sibuk update status fb dan twitter, putera agama sibuk update dan upgrade imannya, al-Qurannya, akhlak dan ilmunya. Ketika lelaki lain sedang memikirkan sesuatu untuk jangka masa pendek, dia sudah memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Di saat lelaki lain bergelumang dengan maksiat perhubungan dengan wanita, putera agama giat mencari duit halal untuk menyegerakan akad nikah. Di waktu lelaki lain tersungkur putus asa-kecewa-gagal dalam kehidupan, putera agama tegar dengan al-Quran dan semangat Rabbani.

..tatkala lelaki lain mengenepikan Allah, putera agama makin mendalam cintanya pada Allah dan RasulNya.

Putera agama, satu dalam sejuta. Selamat jalan putera agama. Engkau berani untuk hidup, juga sedia untuk mati.

Putera agama, bukan putera biasa.

Ibtisam - Senyuman



Saya updatekan blog ni dalam keadaan tergesa-gesa. Mesej ringkas sangat-sangat. Yakni, golongan nisa, mar'ah, muslimah, wanita, perempuan kita mmg maklum Allah anugerahkan mereka dengan anugerah paling tidak ternilai iaitu senyuman yang menawan. Tidak sama dengan senyuman golongan lelaki. Senyuman lelaki mungkin manis, tapi tidak sesweet golongan wanita.

Tapi, bersama-sama dengan senyuman wanita ni ada sedikit bahaya pada golongan kontrasnya. Iaitu boleh mengganggu gugat mata si lelaki justeru terus ke dasar hatinya. Yang akhirnya menyebabkan penyakit-penyakit hati dalam diri lelaki. Penyakit hati banyak kali disebut dalam al-Quran, berbelas-belas kali atau berpuluh yang bersangkutan dengan hati. Di sini saya sertakan cebisannya:

Fuh, bahaya benar kan penyakit-penyakit hati ni kerana terus mampu menggugat bukan sahaja setakat hati dan rohani, malah agama Islam itu sendiri boleh digoncangnya. Hanya kerana mata dan hati.

Jadi, apa mesejnya di sini?

Ya, jagalah mata. Jagalah hati. Senyum boleh, tapi bukan pada semua lelaki ajnabi yang tidak dikenali. Barulah mahal senyuman tu. Senyum adalah sedekah. Senyum juga boleh jadi sebaliknya jika dituju pada yang salah. Tuju pula tu berlebih-lebihan di samping jelingan mata lak dan body language. Haih.

Dua Persoalan


Salam sedara sedari. Dalam kepala saya ada dua persoalan besar pada masa ni.


Pertamanya, "kenapa ramai yang skip/ponteng solat jumaat" ?

Secara ringkasnya Solat Jumaat ni hukumnya fardhu 'ain. Firman Allah dalam Surah al-Jum'ah ayat 9:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyangjumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Ya, secara automatiknya setiap orang Islam LELAKI yang dah akil baligh, berakal, sihat sejahtera adalah wajib tunaikan sembahyang Jumaat KECUALI empat:

Kalau tinggal gak camana? Okey jom tengok.

Pertama, Allah tudung hati mereka dan jadilah mereka orang yang lalai (dari riwayat Ibnu Umar dan Abbas r.a.):

Kedua, Allah tudung hati mereka dan jadilah munafik ( riwayat Ahmad dari nukilan Abdul Ja'di al-Daramy ):


Ketiga, rumah orang tinggal solat Jumaat layak dibakar!: 


Nah, sekarang dah jelas kan kenapa tak patut atau tak boleh tinggal solat Jumaat dengan sengaja. Tak perlu bagi alasan sedang musafir atau bukan pemastautin tetap sesuatu tempat la. Cubalah bagi alasan terbaik yang anda boleh fikir di hadapan Allah nanti, tengok mulut siapa yang bakal rabak ditampar Allah SWT.

Persoalan Kedua, adalah tentang keghairahan pemuda-pemuda kita dapatkan ayat pengasih, minyak pengasih dengan cara cepat. Mereka nak kesan yang instant, nak efek segera pada pemudi-pemudi yang mereka nak miliki. Sedangkan mereka tak faham konsep kasih sebenar. Konsep kasih sebenar adalah "Bila Allah Kasih, Allah Akan Makbulkan Apa Yang Kita Mahukan." Jadi, buat sampai Allah kasih dengan amalan-amalan soleh tanpa henti. Ikut al-Quran dan Sunnah la senang cite. Jangan kerana kita terlalu nak miliki someone, kita syirik dengan Allah. Kasih Allah tak dapat, tapi sebaliknya Allah murka terus campak kamu ke neraka Jahannam. Nak macam tu?


Baiklah, saya stop dulu membebel. Makin panjang makin korang tak suka. Biar setakat ini, janji korang faham apa yang saya nak sampaikan.