Wednesday 25 April 2012

Bila kali terakhir kau bahagiakan Dia?




"Kita sentiasa cari bahagia, kejar bahagia, inginkan bahagia. Tapi, kita sebenarnya tak pernah cuba betul-betul mahu bahagiakan Dia. Kita selalu harapkan Dia bahagiakan kita. Kita pula langsung tak boleh diharap untuk bahagiakan Dia."

Tak sangka, kata-kata yang lahir dari lubuk hati sendiri ni telah menusuk hati ni sendiri =(

Allah, tak pernah sekalipun dalam hidup ni aku cuba bahagiakan diriMu. Hanya Engkau sahaja tidak putus-putus mengabulkan doa-doa supaya aku rasa bahagia dalam menjalani hidup. Allah :(

Saat daku lahir ke dunia, Kau bagiku hangat pelukan ayah ibu. Bahagianya :(
Saat daku lapar dahaga, Kau beriku anugerah seorang ibu untuk menyusukanku :(
Saat daku mula bertatih, Kau tambahkan kecerdasan hingga aku mampu merangkak dan berdiri. Bahagiakanku lagi :(
Saat daku berkenalan dengan dunia, Kau berikanku peluang untuk menimba ilmu, beriku peluang ke sekolah hingga ke universiti :(
Saat daku kecewa dengan kegagalan demi kegagalan, Kau beriku ketabahan untuk terus berdiri. Kau beriku  secebis kejayaan untuk buatku rasa bahagia. :(
Saat daku berduka dengan cinta manusia, Kau ceriakan diriku dengan cintaMu. Kau beri janji 'tuk ganti yang lebih baik. Kau terus-terusan bahagiakanku :(
Banyak sekali siri-siri bahagia yang Kau beri. Sedang aku sikit pun tidak membahagiakanMu! Sikit pun tak!

Entri penuh emosi.

No comments:

Post a Comment